Padiberas Nasional Berhad

Padiberas Nasional Berhad (MYX: BERNAS; didaftarkan sebagi BERNAS) telah diswastakan pada 1 Januari 1996 dan mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.Dari situ, BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping mengambilalih tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani. Pada 25 Ogos 1997, BERNAS telah mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah apabila disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran. Sebagai sebuah badan korporat, BERNAS bertanggungjawab untuk memastikan penyediaan bekalan beras yang berterusan dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimakan rangkaian pembekalan, infrastruktur dan rangkaian pengedaran Syarikat. Syarikat juga turut memberi perhatian kepada pengurusan alam sekitar melalui penekanan kepada pembuangan sekam padi yang efektif di samping mempelbagai hasilan syarikat dengan memaksimumkan potensi produk-produk sampingannya.Pada 26 April 2011, Bernas mengumumkan kerajaan persekutuan telah memanjangkan tempoh pengedaran beras selama 10 tahun bermula dari 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2021.

Padiberas Nasional Berhad

Industri Utama: Makanan dan minuman
Sampingan: Biji-bijian dan tepung[1]
Pendapatan bersih RM 26 juta (2007)
Bilangan pekerja 2,807 (Mac 2008)
Perancang utama Syed Abdul Jabbar Syed Hassan, Pengerusi
Ahmad Tarmizi Mohamed Hariri, Ketua Pegawai Kewangan (CFO)
Mohammad Ramdan Yusof, Ketua Pegawai Operasi (COO)
Ibu pejabat Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Laman sesawang Padiberas Nasional Berhad
Ditubuhkan 1 Januari 1996; 24 tahun yang lalu (1996-01-01)
Hasil RM 105 juta (2007)
Jenis Awam (MYX: BERNAS)